No posts.
No posts.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2003 dengan bilangan murid seramai 500 orang, bilangan guru seramai 26 orang dan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan.
Pada waktu itu, sekolah ditadbir oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Puan Hajah Hamsiah Bt Mohamad, sebelum kedatangan Guru Besar iaitu En. Md Tumiran B. Sapuan pada 1 April 2003.
Kedudukan sekolah yang strategik terletak di antara Bandar Kajang dan Bandar Seremban menyebabkan sekolah ini menjadi tumpuan penduduk setempat. kepesatan pembangunan kawasan sekitar menjana peningkatan bilangan murid dan guru pada setiap tahun.
Sehingga kini 2007 SKBR mempunyai dua sesi persekolahan dengan bilangan tenaga pengajar seramai 79 orang dan 1446 orang pelajar termasuk 36 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Pentadbiran sekolah turut dibantu oleh 4 orang kakitangan sekolah.
kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini merangkumi 30 bilik darjah, 2 makmal sains, 2 buah makmal Ict, perpustakaan, Bilik Bimbingan Kanseling, Bilik Rawatan, Bilik SPBT, Bilik Pemulihan, Bilik j-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, Ruang Pentadbiran, 2 Bilik Persalinan, Surau, Kantin dan pelbagai kemudahan lain.